peacemaker

Friday, November 13, 2009

EMAS: MANA LEBIH SESUAI

Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka
saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang
baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua
persoalan anda


Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum
membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas
fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah
menyimpan tak?


Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai
mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas
tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau
credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan
sebagainya.


1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?


Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk
menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:

1. Syiling emas

2. gold bar.

Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun
simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.


Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)
Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli
dan dijual balik.


Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) .
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:

- Canadian gold Maple Leave

- Australian Nugget

- Singapore gold coin


Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)

Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K)
Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh
dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.


Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan
dijual.


p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil,
saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold/Kelantan sebagai
pilihan pertama. .DAN PALING UTAMA KITA PERLU ADA PENGETAHUAN YANG
MENDALAM TENTANG SELOK BELOK EMAS. Bacalah ebook ini.

Thursday, November 12, 2009

EMAS-EMAS DAN PENGENALAN KEPERLUANYA

Emas
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Rujukan

Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan akua regia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.

Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.

Sifat utama

Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.

Aloi dengan kuprum menghasilkan logam kemerahan, aloi besi berwarna hijau, dan aloi aluminum berwarna ungu. Barang kemas yang dibuat dengan kombinasi emas yang berwarna dijual di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai emas Black Hills.

Aplikasi

Emas tulen adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa, oleh itu logam ini ditambahkan kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak (argentum), tembaga (kuprum) dan logam-logam lain. Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas, duit syiling dan sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara. Selain itu, emas boleh mengalirkan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan. Ini menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke 20.

Kegunaan lain:

* Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
* Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
* Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
* Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
* Asid kloraurik digunakan dalam fotografi untuk memberi ton kepada imej perak.
* Dinatrium aurothiomalate digunakan dalam rawatan artritis rheumatoid (diberikan secara suntikan intra-otot).
* Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
* Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
* Banyak pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, pemenangnya akan meraih pingat emas (manakala perak diberikan kepada naib johan, dan gangsa kepada yang ketiga.)

Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

Dinar Emas

Pada 1998, kerajaan Malaysia mencadangkan penggunaan emas sebagai mata wang perdagangan dunia seperti mana yang diperkenalkan semasa zaman Rasulullah dahulu. Emas dipilih kerana sifat kimianya yang stabil dan nilainya yang tidak berubah. Selain itu, dinar emas juga diharap dapat menggantikan pergantungan dunia terhadap Dollar Amerika dan Euro. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, dinar emas tidak akan menggantikan mata wang setempat (sebagaimana Euro), tetapi mata wang ini hanya akan digunakan sebagai mata wang perdagangan antara negara sahaja.

Nilai dinar emas adalah sama dengan nilai piawai emas dalam Perjanjian Bretton Woods.

Sejarah

Emas (Sanskrit jval, Yunani χρυσος = chrysos, Latin aurum, Inggeris kuno gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Ing. Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.

Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut (lihat album emas).
Circumpunct.png

Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.

Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.


Nilai

Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen. Sejarah menunjukkan bahawa emas pernah digunakan untuk menyokong matawang dalam sistem yang digelar piawaian emas di mana satu unit matawang adalah bersamaan dengan beberapa jumlah berat emas. Dalam sistem ini, kerajaan dan bank pusat cuba untuk mengawal harga emas dengan meletakkan nilai yang mereka ingin tukarkan dengan matawang.

Untuk sekian lamanya nilai emas diletakkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada harga $20.67 per troy auns, namun pada tahun 1934 nilai ini ditetapkan pada harga $35.00 per troy auns. Disebabkan krisis emas pada Mac 17 1968, satu skim peletakan harga dua peringkat diperkenalkan di mana emas masih lagi digunakan untuk menguruskan akaun antarabangsa pada nilai lama iaitu $35.00 per troy auns ($1.13/g) tetapi harga emas dalam pasaran persendirian dibenarkan untuk turun-naik. Pada 1975 sistem dua peringkat ini diabaikan apabila harga emas dibenarkan untuk turun-naik. Semenjak 1968 harga emas pada pasaran terbuka telah turun-naik dengan luasnya, dengan rekod tertinggi $850/oz ($27,300/kg) pada 21 Januari 1980, sehinggalah ke rekod terendah $252.90/oz ($8,131/kg) pada 21 Jun 1999 (Tetapan London). Harga emas telah meningkat ke $500/oz pada penghujung 2005, oleh sebab susut nilai dolar Amerika dan inflasi akibat kenaikan kos tenaga.

Oleh kerana kegunaannya sebagai stor simpanan nilai, pemilikan emas persendirian kadang kala dihadkan atau diharamkan. Di dalam Amerika Syarikat, pemilikan emas secara persendirian kecuali sebagai bahan kemas atau pengumpulan duit syiling diharamkan dari tahun 1933 ke tahun 1975.

Sebagai pelaburan ketara, emas kadang kala dipegang sebagai sebahagian daripada portfolio kerana pada jangka masa yang panjang emas telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya. Emas menjadi semakin menarik di saat-saat keyakinan rendah dan semasa hiperinflasi kerana emas mengekalkan nilainya walaupun apabila wang hampa menjadi tidak bernilai.
Kontrak berniaga hadapan berasaskan emas kini diniagakan oleh pelbagai bursa di seluruh dunia.

Labels:

Wednesday, November 11, 2009

DUIT: UNTUNG EMAS,

Tahukah anda bahawa bagaimana ramai tokey-tokey kedai emas/pajak gadai boleh kaya?

Adakah mereka tu ada  buat bisnes lain seperti buka restoran, buka kedai, buka kilang ataupun lain-lain. Kalau tiada, bagaimana mereka boleh KAYA? Pelik juga kan.

Yang sebenarnya, kekayaan mereka hanya datang dari satu sumber iaitu EMAS. Ya, dengan EMAS. Dengan bergantung pada emas saja, mereka mampu menjadi kaya-raya sehinggakan ramai yang jadi JUTAWAN.

Kita pula bagaimana? Adakah kita juga perlu buka kedai emas untuk menjadi kaya seperti mereka? Adakah kita mampu menyediakan modal yang amat besar untuk membuka kedai emas? Ya, sudah pasti!

Sebenarnya, tanpa membuka kedai emas, kita mampu untuk menjana kekayaan dengan emas. Memang benar apa yang saya sampaikan, cuma anda ragu-ragu dengannya, bukan?

Terdapat banyak cara untuk menjana kekayaan dengan emas. Anda boleh memulakan pelaburan sendiri ataupun melalui orang tengah. Adalah disyorkan anda melabur melalui diri anda sendiri tanpa melibatkan orang tengah supaya keuntungan yang anda bakal perolehi lebih lumayan dan tiada risiko ditipu oleh orang tengah.

Anda tidak tahu bagaimana untuk melabur emas? Jangan risau. Baru - baru ini, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas telah dilancarkan di pasaran Malaysia. Panduan dalam bentuk ebook ini akan mengajarkan anda bagaimana melabur dengan emas. Yang pasti, walaupun anda tidak belajar tinggi sekalipun, anda mampu untuk mengikuti panduan pelaburan emas ini.

Dengan itu Ebook Emas-Emas Yang Hilang - Rahsia menjana kekayaan dengan emas sdibongkarkan!! ini telah diterbitkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat kita untuk menceburi bidang pelaburan emas.

Untuk mengetahui lebih lanjut, terus saja ke laman web tersebut.
[]

Sekian,
[golokperak]

Monday, November 9, 2009

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=zoun
Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.
Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah.
http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=zoun

Ikhlas,
[golok perak]

Labels:

Friday, November 6, 2009

2012

Monday, March 9, 2009